Salam Eidul Fitri

Assalamualaikum ,
Selamat hari raya dan maaf zahir batin daripada Azizul sekeluarga. Aidilfitri merupakan hari kemenangan bagi kita semua. Dikala ini setiap masyarakat merayakannya dengan kegembiraan. Waima syaitanpun merayakan hari dibebaskan daripada belenggu kan? Hehe..
Kalau si kecil gembira dengan duit rayanya
Kalau si muda/mudi gembira dengan teman – temannya
Kalau jiran gembira dengan bersilaturrahim dikalangan mereka,
Kalau sipekerja gembira dengan bonus “triple” nye…
Adakah yang bersedih?
Mungkin ada yang bersedih, tetapi jgnlah sampai menghilangkan suasana perayaan itu.
Rasulullah membenarkan kita berziarah ke kubur tetapi andai membawa kesedihan yang melampau ianya menjadi makruh bukan?
Pagi 1 syawal ana dimulakan dengan aktiviti rutin seperti muslimin yang lain, Cuma sewaktu berziarah ke kubur ana berkesempatan bersilaturrahim dengan jemaah tariqoh yang masih mengenali ana… ingatkan dah lupa… hehehe
Rumah ana merupakan checkpoint wajib bagi keluarga sebelah ibu sebab rumah kami terletak di kajang berhampiran Arwah Atok dan Pakcik Sidek. Berbanding saudara yang lain terletak di balakong. Tahun ini dengan bantuan plastic sealer , ibu dah pack lauk pauk dalam kuantiti yang serba cukup.. jadi tak risau, lagipun ayah prepare pinggan mangkuk dan cawan pakai buang.. senang skit… tinggal hidang dan buang saja.
Tahun ini ana sempat juga berziarah ke rumah atok2 saudara walaupun jauh dan sesat… hehe, Cuma ada 3 orang atok saudara saja tak sempat pergi.

Mcm mana dengan raya kalian? InsyaAllah jumaat ini sesi menyerang rumah lecturer akan bermula, waktu pagi ana ada jemputan ke rumah teman Rakan Kaunselor, diwaktu petang ke rumah lecturer KR sebelum rumah Dr Nik Wan… 😀
Hidup hanya sekali,
pergunakan dengan sebaik mungkin ya……

Tinggalkan komen