Ramadhan yang berlalu pergi…

Ramadhan telahpun pergi meninggalkan kita, InsyaAllah setahun lagi baru kan bersua. Bagaimana dengan Ramadhan kalian? Adakah ianya membawa sebarang perubahan? Ramadhan dijadikan sebagai titik perubahan. Dikala itu kita bersemangat melakukan pelbagai bentuk ibadah, pasti ramai yang bersetuju, kebanyakan daripadad kita HANYA membaca Al-Quran sewaktu bulan Ramadhan. Mengikut mazhab Syafie, hak Al-Quran ialah perlu dikhatamkan sebanyak 2 kali setahun, andai kita hanya khatam sekali setahun, bagaimana boleh dilangsaikan hak Al-Quran ?
Alhamdulillah, Ramadhan bukan sekadar membawa bonus2 ibadat khusus, sebaliknya membawa bonus2 dengan limpahan rezeki daripada Ar-Rahman. Saya juga berniaga diwaktu bulan ramadhan, walaupun bukan membuka gerai sebaliknya hanya bertindak sebagai orang tengah, peluang ini memberi peluang kepada saya untuk mengasah kembali bakat berniaga saya. Andai tidak diasah, akan menjadi tumpul seperti pisau kan? Hehehe….
InsyaAllah, sekarang saya bergiat aktif dalam mempromosikan produk air tangan ibu, Kuih Amplang. Sebenarnya ianya ialah keropok, keropok ikan tenggiri. Keropok ini popular bagi masyarakat sabah, dan kami Boyanese . hasil daripada tarbiyah ramadhan berupa pelbagai bentuk, ada yang mula berhenti merokok, ada yang mula mengaji diwaktu “prime time” dan macam lagi. Bagi saya Ramadhan tahun ini amat bermakna, antara episode yang tidak akan kulupa… bila kawan kita yang sorang ini “termakanan” kurang dua minit nak berbuka sebab tengok nasi mcm lembik je… 😀
Dan Ramadhan ini, adik ku yang bongsu, Omar Abd Aziz yang berumur 6 tahun , mula berpuasa …

Mcm mana dengan ramadhan kalian? Adakah berlalu tanpa sebarang “fungsi” . Semoga bertemu kembali ya Ramadhan.

Tinggalkan komen