Pemilikan Harta Menurut Islam (Siri 1)

 

S1434-25
Umum mendefinasikan harta ialah satu longgokan barangan yang mempunyai nilai ekonomi. Kekayaan pula ialah pemilikan atau pengawalan keatas barangan sebegitu.

Terdapat tiga karakteristik harta menurut pandangan konvensional;

  1. Mempunyai nilai pertumbuhan; sesuatu harta itu mesti mempunyai kapasiti untuk bertambah dari segi angka, nilai dan saiz.
  2. Mempunyai nilai penggunaan; sesuatu harta itu mesti mempunyai kebolehan menjana penggunaakn manfaat oleh yang memilikinya.
  3. Nilai marginal; sesuatu harta itu mesti bersifat terhad dan memberi peningkatan marginal ke atas saiz atau nilai harta itu kepada pemiliknya.

Bagaimanapun, setiap orang mampu memperolehi kekayaan(harta) tanpa perlu berebut dengan orang lain, dan tidak bersifat zero-sum game pada jangka masa panjang. zero-sum game bermaksud, terdapat pihak yang menerima kerugian diatas keuntungan orang lain (contohnya judi)

Teruskan membaca

Malaikat berTawarruq dengan Saidina Ali K.W.H (siri 1)

 

Satu ketika, Ali r.a telah pulang dari rumah Nabi Muhammad SAW. Setibanya di rumah, Ali berkata kepada isterinya, “Ya Fatimah, apakah pada hari ini engkau mempunyai makanan untuk aku?”

“Demi Allah, aku tidak mempunyai apa – apa, akan tetapi aku punya wang enam dirham sebagai upahku yang diberikan oleh Salman (Al-Farisi)  dan wang ini pun untuk membeli makan Hasan dan Husin.” jawab Fatimah

Lalu Ali berkata; “ Wahai isteriku, berikanlah wang itu kepadaku.” Kemudian Fatimah memberikan wang itu kepada suaminya, lantas Ali r.a. keluar untuk membeli makanan. Tiba – tiba, ada seorang lelaki yang sedang berdiri lalu berkata: “Siapakah yang mahu memberi wang kepada Allah dengan wang yang baik?” Maka Ali r.a. memberikan wang itu kepada orang itu dan pulang tanpa membawa apa – apa makanan buat kedua orang anaknya.

Ketika Fatimah melihat suaminya pulang tanpa membawa apa – apa, lalu Fatimah menangis dan Ali r.a berkata “Wahai wanita yang mulia, mengapakah engkau menangis?” Fatimah menjawab: “Aku melihat engkau pulang tanpa membawa  apa – apa.” kemudian Ali berkata: “ Ya Fatimah, wang itu telah aku pinjamkan kepada Allah.”  “Engkau telah benar.” Kemudian Ali pergu menuju rumah Nabi SAW. Di dalam perjalanan, baginda bertemu dengan seorang Arab dusun, maka orang itu berkata: “Hai ayah Hasan, belilah olehmu unta ini.” Baginda menjawab: “aku tidak mempunyai wang untuk membeli untamu itu.” Orang itu membalas: “aku akan jual unta ini dengan pembayaran kemudian.” Lalu baginda berkata: Baiklah berapakah harga unta ini?” Orang itu menjawab: “seratus dirham saja.”

Setelah unta itu dibeli oleh Ali r.a. tiba  – tiba muncullah seorang Arab dusun yang lain menghampiri Ali r.a  dan berkata: “Ya ayah Husin, apakah akan kau jual unta ini?” Ali menjawab:  “ Benar, unta ini akan aku jualkan seharga tiga ratus dirham. Kemudian orang itu berkata: “Baiklah unta ini akan aku beli.”

Setelah unta itu dijual, baginda pulang ke rumah sebelum keluar semula bertemu dengan Rasulullah. Nabi Muhammad SAW melihat kepadanya dengan wajah tersenyum dan baginda Rasulullah bertanya: “Apakah engkau akan menceritakan kepadaku atau akulah yang akan menceritakan kepadamu?”

Ali r.a menjawab: Engkaulah yang harus menceritakan lebih dahulu kepadaku.”

Lalu baginda berkata: “Hai Ali tahukan siapa orang yang menjual unta kepadamu dan orang dusun yang membeli unta kepadamu?”

Ali menjawab “ Hanya Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”

Maka Baginda Rasulullah berkata: “ Beruntunglah engkau hai ali, engkau memberikan pinjaman kepada Allah enam dirham dan Allah memberimu tiga ratus dirham. Kalau kau perlu tahu, bahawa orang dusun yang pertama itu Malaikat Jibril, dan yang kedua itu adalah Malaikat Mikail.”

*Dipetik dan diubah suai daripada Cerita – Cerita Motivasi untuk Hidup Bertaqwa, oleh Mohd Najib  dan Nur Yasmin

***

 

Keikhlasan Hati Dalam Menuntut Ilmu

Keikhlasan Hati Dalam Menuntut Ilmu

Ilmu mendahului amal, kerana ilmu adalah pokok dan syarat amal. Tanpa ilmu, tiada bezanya seorang mukmin dengan golongan Nasrani yang beramal tanpa Ilmu. Bagaimanapun, dalam setiap amalan tidak akan sempurna tanpa dipasakkan dengan tiga tiang, ilmu(pengetahuan) yang menggerakkan TAHU, iradah(keinginan) yang menarik MAHU, dan qudrah(kuasa) yang menerbitkan MAMPU.

Seseorang itu tidak akan menginginkan sesuatu yang tidak dikeTAHUi, lantas tanpa keMAHUan, seseorang itu tidak akan mengejar keMAMPUan melakukan sesuatu perbuatan(amal). Niat(kemahuan) jelas sekali bermula daripada ilmu, niatlah yang membezakan samada amalan seseorang itu diterima atau tidak. Niat jugalah yang menentukan samada sembelihan itu halal atau haram dimakan.

Jadi bagaimana mengikhlaskan niat (keMAHUan) dalam mencari ilmu(pengeTAHUan), dalam mencari kuasa(keMAMPUan) untuk mencapai mardhotillah? Dalam melaksanakan ibadah dan memperhambakan diri kepada Yang Maha Esa?Keikhlasan diri itu datangnya daripada Allah SWT, pintalah dengan sepenuh pengharapan, harapan yang sebenar hanyalah kepada Allah SWT.

Tanda-tanda ikhlas dapat disimpulkan seperti berikut:

  1. Menuduh diri berasa kurang sempurna dalam melaksanakan kewajiban kepada Allah.
  2. Merasa keikhlasan dalam diri itu tiada dan selalu mempertanya keikhlasan diri sendiri.
  3. Tidak terpengaruh dengan ujian atau celaan, tetapi tetap istiqamah.
  4. Tidak berubah walaupun manusia berubah dalam hal ketaatan atau kemaksiatan.
  5. Niat menjadi pusat pemerhatian dalam kehidupan.
  6. Berusaha merahsiakan amal kebaikan kecuali ketika memberi teladan kepada orang lain.

LUJNAH DAKWAH DAN IBADAH

K e l a b  A s t r o n o m i ( K A S T R O )

U n i v e r s i t i  D a r u l  I m a n  M a l a y s i a ( U D M )