Pemilikan Harta Menurut Islam (Siri 1)

 

S1434-25
Umum mendefinasikan harta ialah satu longgokan barangan yang mempunyai nilai ekonomi. Kekayaan pula ialah pemilikan atau pengawalan keatas barangan sebegitu.

Terdapat tiga karakteristik harta menurut pandangan konvensional;

  1. Mempunyai nilai pertumbuhan; sesuatu harta itu mesti mempunyai kapasiti untuk bertambah dari segi angka, nilai dan saiz.
  2. Mempunyai nilai penggunaan; sesuatu harta itu mesti mempunyai kebolehan menjana penggunaakn manfaat oleh yang memilikinya.
  3. Nilai marginal; sesuatu harta itu mesti bersifat terhad dan memberi peningkatan marginal ke atas saiz atau nilai harta itu kepada pemiliknya.

Bagaimanapun, setiap orang mampu memperolehi kekayaan(harta) tanpa perlu berebut dengan orang lain, dan tidak bersifat zero-sum game pada jangka masa panjang. zero-sum game bermaksud, terdapat pihak yang menerima kerugian diatas keuntungan orang lain (contohnya judi)

Bagaimanapun, definasi harta dan kekayaan berbeza menurut pandangan Islam, kekayaan disebut sebagai ‘al-ghina’ dan bermaksud tidak memerlukan, atau kurang memerlukan. manakala kaya disebut sebagai ‘al-ghaniyu’ yang bermaksud ‘mencukupi’.

Kekayaan dalam islam merangkumi dua elemen kehidupan, fizikal dan rohani. elemen fizikal terisi dengan pemilikan aset  materi atau ‘Maal’. Manakala elemen rohani€ terisi dengan pengetahuan, atau kebajikan yang terlekat pada jiwa manusia. Kekayaan elemen pertama; fizkal boleh digunakan untuk mencapai kekayaan pada elemen pertama. Contohnya; dengan ilmu pengetahuan pada diri seseorang, dia mampu mempergunakan sumber yang ada disekitarnya untuk memperoleh kekayaan.

Rasulullah S.A.W bersabda ;

Siapa yang kehendaki dunia, maka ia hendaklah dengan ilmu, siapa yang kehendaki akhirat, maka ia hendaklah dengan ilmu,siapa yang kehendaki dunia dan akhirat,maka ia hendaklah dengan ilmu.

Saidina Ali bin Abi Thalib juga pernah berkata;

Ilmu akan menjaga kamu, sedangkan kamu perlu menjaga harta

 

Bersambung……

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s