Pemilikan Harta Menurut Islam (Siri 1)

 

S1434-25
Umum mendefinasikan harta ialah satu longgokan barangan yang mempunyai nilai ekonomi. Kekayaan pula ialah pemilikan atau pengawalan keatas barangan sebegitu.

Terdapat tiga karakteristik harta menurut pandangan konvensional;

  1. Mempunyai nilai pertumbuhan; sesuatu harta itu mesti mempunyai kapasiti untuk bertambah dari segi angka, nilai dan saiz.
  2. Mempunyai nilai penggunaan; sesuatu harta itu mesti mempunyai kebolehan menjana penggunaakn manfaat oleh yang memilikinya.
  3. Nilai marginal; sesuatu harta itu mesti bersifat terhad dan memberi peningkatan marginal ke atas saiz atau nilai harta itu kepada pemiliknya.

Bagaimanapun, setiap orang mampu memperolehi kekayaan(harta) tanpa perlu berebut dengan orang lain, dan tidak bersifat zero-sum game pada jangka masa panjang. zero-sum game bermaksud, terdapat pihak yang menerima kerugian diatas keuntungan orang lain (contohnya judi)

Continue reading

Malaikat berTawarruq dengan Saidina Ali K.W.H (siri 1)

 

Satu ketika, Ali r.a telah pulang dari rumah Nabi Muhammad SAW. Setibanya di rumah, Ali berkata kepada isterinya, “Ya Fatimah, apakah pada hari ini engkau mempunyai makanan untuk aku?”

“Demi Allah, aku tidak mempunyai apa – apa, akan tetapi aku punya wang enam dirham sebagai upahku yang diberikan oleh Salman (Al-Farisi)  dan wang ini pun untuk membeli makan Hasan dan Husin.” jawab Fatimah

Lalu Ali berkata; “ Wahai isteriku, berikanlah wang itu kepadaku.” Kemudian Fatimah memberikan wang itu kepada suaminya, lantas Ali r.a. keluar untuk membeli makanan. Tiba – tiba, ada seorang lelaki yang sedang berdiri lalu berkata: “Siapakah yang mahu memberi wang kepada Allah dengan wang yang baik?” Maka Ali r.a. memberikan wang itu kepada orang itu dan pulang tanpa membawa apa – apa makanan buat kedua orang anaknya.

Ketika Fatimah melihat suaminya pulang tanpa membawa apa – apa, lalu Fatimah menangis dan Ali r.a berkata “Wahai wanita yang mulia, mengapakah engkau menangis?” Fatimah menjawab: “Aku melihat engkau pulang tanpa membawa  apa – apa.” kemudian Ali berkata: “ Ya Fatimah, wang itu telah aku pinjamkan kepada Allah.”  “Engkau telah benar.” Kemudian Ali pergu menuju rumah Nabi SAW. Di dalam perjalanan, baginda bertemu dengan seorang Arab dusun, maka orang itu berkata: “Hai ayah Hasan, belilah olehmu unta ini.” Baginda menjawab: “aku tidak mempunyai wang untuk membeli untamu itu.” Orang itu membalas: “aku akan jual unta ini dengan pembayaran kemudian.” Lalu baginda berkata: Baiklah berapakah harga unta ini?” Orang itu menjawab: “seratus dirham saja.”

Setelah unta itu dibeli oleh Ali r.a. tiba  – tiba muncullah seorang Arab dusun yang lain menghampiri Ali r.a  dan berkata: “Ya ayah Husin, apakah akan kau jual unta ini?” Ali menjawab:  “ Benar, unta ini akan aku jualkan seharga tiga ratus dirham. Kemudian orang itu berkata: “Baiklah unta ini akan aku beli.”

Setelah unta itu dijual, baginda pulang ke rumah sebelum keluar semula bertemu dengan Rasulullah. Nabi Muhammad SAW melihat kepadanya dengan wajah tersenyum dan baginda Rasulullah bertanya: “Apakah engkau akan menceritakan kepadaku atau akulah yang akan menceritakan kepadamu?”

Ali r.a menjawab: Engkaulah yang harus menceritakan lebih dahulu kepadaku.”

Lalu baginda berkata: “Hai Ali tahukan siapa orang yang menjual unta kepadamu dan orang dusun yang membeli unta kepadamu?”

Ali menjawab “ Hanya Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”

Maka Baginda Rasulullah berkata: “ Beruntunglah engkau hai ali, engkau memberikan pinjaman kepada Allah enam dirham dan Allah memberimu tiga ratus dirham. Kalau kau perlu tahu, bahawa orang dusun yang pertama itu Malaikat Jibril, dan yang kedua itu adalah Malaikat Mikail.”

*Dipetik dan diubah suai daripada Cerita – Cerita Motivasi untuk Hidup Bertaqwa, oleh Mohd Najib  dan Nur Yasmin

***

 

Final Exam!!!

 

Dalam perjalanan menuntut ilmu,

tiada erti kecewa,

selagi harapan hanya bersandar kepada-Nya,

Mentaati-Nya  tanpa berbelah bagi,

bererti kejayaan gemilang menanti,

jatuh bangun adalah perjuangan.

kerana disitu terbit kematangan …

yang pasti Allah Ta’ala penentu segalanya..

Goodluck  final exam  (“,)….

By Raudah 1st November 2009, 11.00pm

Assalamualaikum,

Hari ini bermulanya final exam bagi pelajar Bachelor Business Administration (Islamic Finance) With Honors (Semester 3) UDM. Hehehe. Bagi sesetengah orang, maybe tempoh inilah yang paling ditakuti, bagi sesetengah yang  lain pula, waktu inilah waktu untuk memuntahkan segala hafalan dan yang dihadam oleh mereka. Bagaimana dengan anda? Dah bersedia?

Paper pertama ialah Paper Statistic MQF 3023, yang diajar oleh Pn. Hardayana. Pada pukul 2.30 petang nanti… majoriti student lelaki kelas kami berkumpul di bilik Khansa’ 212(bilik saya) tapi bukan nak belajar dengan saya, belajar dengan roommate saya.  How about me?

Final exam

Still guna cara lama, cara paling “kena” dengan saya, utk paper ni, bukan sekadar last minute, tetapi..  elemen study dalam mimpi diamplikasikan dengan sepenuhnya. Study cara ini yang paling berkesan. Kekuatan utama saya ialah tumpuan dalam kelas, bukan ulang kaji. Sebab saya tak cekap focus , lagi2 kalau subject membaca, dan bukunya interesting. Macam marketing, sebab subjek ni interesting, saya beli buku marketing dan kebanyakan masa say baca dan study part yang tak termasuk dalam silibus saya…sebab interesting.. jadi nak selamat, most of the time, saya akan stick dengan just 1 buku utk dibaca disamping 1 lagi buku yg wajib dibaca. Buat masa ini, saya baru habis baca buku Fiqh Kenegaraan karangan  Dr Yusuf Al-Qardawi. Jadi kalau dah boring baca mana2 buku, saya akan berhenti dan baca buku Dr. Dengan cara ini, saya dapat menghadam ilmu dari buku yang saya ken baca, dengan ilmu drpd buku yang saya nak baca…. :D .

Kebanyakan kawan2 rasa hairan, kenapa Azizul dapat score, walaupun tak study sangat… actually jawapan dia simple je. Instead of output learning macam buat ulang kaji, atau input lerning mcm membaca, saya prefer gunakan kaedah firm lerning. Saya prefer perkukuhkan ilmu yang ada. Cuba pertimbangkan, adakah kita masih ingat ilmu yang dipelajari semester lepas? (kebanyakan menjawab tidak). Kenapa? Sebab once kita tak perlukannya, “buku”  tentang ilmu itu akan ditutup oleh minda kita. Sebab? Kita jarang keluarkan, jadi lebih baik unload index tentang ilmu ini utk kegunaan  index ilmu lain kan? Mcm computer, ram kita akan diutilize sebaik mungkin.

Jadi? Cuba relate everything we learned with everything happen around us. Ingat, hanya ilmu bermanfaat yang berguna kepada kita… maksud manfaat ini, bukan kerana ilmu ini membolehkan kita dapat DL , sebaliknya ilmu ini membuah menjadi AMAL.

Saya pun taknak berceloteh panjang… sebab nak masuk tidur… esok pagi ada meeting … lepas tu ada exam… lepas tu… meeting lagi… herm. Inilah dia MPP UDM … MAHASISWA PALING PENYIBUK heheheh….

To all…. good luck..

semoga Allah merahmati perjuangan kita, serta diberkati dengan kesenangan dan kesenangan…….

Doakan saya…. :)

 

p/s ; Salam takziah buat akak fairuz(BBA IF sem7) sekeluarga diatas pemergian bonda tercinta, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ketenangan..